TEMPAHAN HOMESTAY DARWISY

Name:
Email Address:
Umur
Tarikh Masuk :-
Tarikh Keluar :-
Bulan :-
Tahun :-
Nama Bank/Akaun Maybank (1513-0673-4059)
CIMB (0406-0075-6805-22)
Bukti Transaksi : Tarikh, Masa, No Reference

Click here to create your own form.

Wednesday, 5 December 2012

Taman Rama-Rama & Reptilia

Taman Rama-rama & Reptilia

Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi di kawasan Ayer Keroh adalah Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka yang menjadi tempat tinggal berbagai spesies rama-rama dan reptilia. 


Selain rama-rama, yang merupakan hidupan utama di sini, pengunjung juga boleh menyaksikan pelbagai jenis reptilia termasuk ular, labah-labah, kala jengking dan ratusan jenis serangga yang pastinya akan membuatkan pengunjung merasa geli geleman.

Menyaksikan reptilia ini secara dekat, terutamanya ular, tentunya akan membuatkan pengunjung lebih memahami kehidupan dan habitat binatang yang seringkali disalah anggap ini.

Bayaran Masuk
Dewasa RM8.00 - (Dengan MyKad)
Kanak-kanak RM5.00 (Dengan MyKad)
Dewasa RM12.00 - (Tanpa MyKad)
Kanak-kanak RM7.00 - (Tanpa MyKad)

Waktu Operasi:
Setiap Hari 8.30 pagi - 5.30 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka
Ayer Keroh 75450, 
Melaka
Tel: +606 232 0033
Faks: +606 232 9977


Tuesday, 6 November 2012

Makanan Famous Di Melaka


KUIH BULAN
     Kuih bulan adakah pastri Cina secara tradisi dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan adalah ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting.




     Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10 cm dalam diameter dan 4-5 sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm) dan boleh mengandungi kuning telur daripada telur masin itik. Kuih bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Mereka biasanya dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina.


Inti

     Kuih bulan yang dibelah menunjukkan pes biji teratai di keliling "bulan" kuning telur (pecah berderai.Banyak jenis inti boleh dijumpai di kuih bulan tradisional mengikut budaya setempat:

Pes biji teratai (蓮蓉, lían róng):
     Dianggap oleh sesetengah bahawa inti kuih bulan asal dan paling mewah, inti pes biji teratai didapati dalam semua jenis kuih bulan. Kerana harga tinggi pes teratai itu, pes kacang buncis putih adakalanya digunakan sebagai inti.

Pes kacang manis (豆沙, dòu shā):
     Sejumlah pes adalah inti biasa didapati dalam pembasuh mulut Cina. Walaupun pes kacang merah, dibuat daripada kacang azuki, adalah yang paling lazim di seluruh dunia, terdapat pilihan rantau dan asal untuk pes kacang dibuat daripadaKacang hijau serta kacang hitam diketahui sepanjang sejarah.


Lima isirong (五仁, wǔ rén): 

     Satu pengisian mengandungi 5 jenis kekacang dan benih, dengan dipotong kasar dan digaulkan berserta sirap maltosa. Biasanya kekacang dan benih digunakan termasuk: walnut, benih labu, benih tembikai, kacang tanah, bijan, atau badam. Seperkara lagi, campuran biasanya akan mengandungi halwa labu air, ham jinhua, atau kepingan gula batu sebagai tambahan rasa.

Pes Taro (芋泥, yù ní): 
     Satu pes manis dibuat daripada keladi, seketul ubi ditanam di banyak bahagian tropika Asia. Warna pes dalam kuih bulan adalah ungu dan adalah paling biasa dijumpai dalam kuih bulan berkerak Teochew.

Kerak
     Kuih bulan tradisional berbeza dengan meluas bergantung pada rantau di mana kuih bulan dihasilkan. Manakala kebanyakan rantau menghasilkan kuih bulan tradisional dengan banyak jenis inti, mereka biasanya hanya membuat kuih bulan mereka daripada satu jenis kerak atau satu lagi. Walaupun kuih bulan vegetarian boleh menggunakan minyak sayuran, banyak kuih bulan menggunakan lemak babi dalam resipi-resipi mereka untuk rasa lebih baik.
Terdapat beberapa jenis kerak kuih bulan digunakan dalam masakan Cina antaranya:

Liat: 
     Kerak ini mempunyai satu nada coklat kemerah-merahan dan kilauan berkilat. Ia jenis kerak paling biasa digunakan pada kuih bulan gaya-Kantonis. Ia juga paling biasa jenis kuih bulan dilihat di Amerika Utara dan banyak negara barat. Kerak liat kuih bulan adalah dibuat menggunakan kombinasi sirap gula pekat, air lai, tepung, dan minyak, oleh itu memberi kerak ini rasanya yang kaya dan tekstur yang liat tetapi lembut. Kekenyalan boleh jadi kian dengan menambahkan sirap maltosa ke campuran.
     Doh juga dibakar dalam bentuk ikan atau anak babi (Kantonis: "Jue Zai Bang"; 豬仔餅; lit. "Biskut Anak Babi") dan dijual di bakeri kuih bulan sebagai satu kudapan liat. Mereka sering dibungkus secara individu dalam bakul plastik kecil, untuk melambangkan ikan ditangkap atau anak babi menuju ke jualan.

Berkelopak:
     Kulit keras berkelopak adalah tanda kuih bulan gaya-Suzhou. Doh itu adalah dibuat dengan mengolek bersama lapisan-lapisan alternatif doh berminyak dan tepung yang telah kacau goreng dalam minyak. Kerak ini mempunyai tekstur amat serupa sepertipastri berlapis.


KUIH BAKAR BERLAUK
     Kuih Bakar Berlauk merupakan sejenis kuih yang popular di Malaysia.
Kuih Bakar Berlauk menyerupai bentuk kuih cara berlauk tetapi berbeza ramuannya. Ia diperbuat dari tepung gandum dan dimasak bersama inti daging. 



     Kuih Bakar Berlauk digelar sedemikian kerana ia mempunyai lauk/inti dan dimasak dengan dibakar dalam oven.
     Kuih Bakar Berlauk banyak dibuat, dan ada dijual harian secara meluas dan tidak perlu ditempah lebih awal. Kuih Bakar Berlauk kurang dikenali.tetapi banyak terdapat di Melaka terutama di waktu bulan puasa.



Mi Bandung 
     Mi Bandung atau Mee Bandung adalah satu masakan dan makanan tradisional yang terkenal yang berasal dari Muar, Johor. 


     Mee Bandung adalah masakan gandingan mi dan telur di samping ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama rempah ratus, belacan dan udang kering sebelum ia kini ditambah dengan bahan tambahan seperti udang, daging, kuih ikan dan sayuran sekarang.
     Ia lazimnya dikenali sebagai Mee Bandung Muar yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia meskipun adalah adalah diakui dan diketahui ramai Mee Bandung asli yang berasal dari Muar masih lagi yang terbaik dan tersedap untuk dijamah. 
     Mi Bandung hendaklah tidak dikelirukan dan disalah-anggapkan berkaitan dan berasal dari Bandung, suatu tempat di Indonesia kerana kedua-duanya adalah tiada berkaitan langsung. 

Asam pedas
        Asam Pedas memang terkenal di Melaka. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu Ia popular di Melaka. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga di Melaka yang mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka.
Kebiasaannya bahan-bahannya terdiri daripada ikan (kebiasaannya ikan parang,ikan tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk), cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit hidup (jika ingin menyedapkan lagi masakan), serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut. Bahan-bahan ini hendaklah mengikut sukatan.
Cara untuk membuatnya cili kering, bawang merah dan putih, halia dan belacan dikisar atau ditumbuk lumat. Serai dan lengkuas diketuk dan bunga kantan dibelah empat. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan lengkuas tadi kedalam periuk sehingga naik baunya dan garing. Selepas itu masukkan air asam jawa mengikut sukatan. Ikan yang telah dibersihkan dimasukkan sehinggalah mendidih. Akhir sekali masukkan serai, daun kesum, bunga kantan, asam gelugur atau daun limau purut.
 Kebiasaan masakan asam pedas bukan sahaja di hidangkan untuk keluarga di rumah malah masakan ini juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel yang terkemuka di negeri Melaka. Ia bukan saja terkenal dan di sukai oleh penduduk negeri Melaka sahaja bahkan pelancong dari dalam dan luar negara juga meminati masakan asam pedas ini.


Cencaluk

          Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.
Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.
Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya yang unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat lazat lagi menyelerakan. Apabila kita menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita lebih menyelerakan jika ia di sertakan dengan cencaluk.
  Mengikut kepercayaan lama yang menjadi kata-kata senda. kononnya jika pada hari perkahwinan seseorang itu hujan turun sepanjang hari, maka dikatakan bahawa mempelai suka makan cencaluk. Namun itu semua hanyalah cerita lama.
Makanan ini yang suatu ketika dulu dipelopori oleh masyarakat Melayu kini digemari oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Ia juga menjadi satu keperluan atau lauk semasa menikmati hidangan nasi dan ada juga yang menjadikan petai atau jering sebagai ulam semasa memakan cencaluk.
Kini, perusahaan membuat cencaluk semakin mendapat tempat di kalangan penduduk di beberapa kawasan di negeri Melaka. Kerajaan negeri sendiri sudah menetapkan kawasan Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Udang sebagai kawasan mengeluarkan cencaluk di dalam rancangan 'Satu DUN Satu Produk'.
Selain itu, cencaluk juga kini mudah diperolehi di terbuka seperti di tepi jalan raya serta di pasar-pasar sekitar negeri ini. Bagi mereka yang melalui pesisiran kawasan Tanjung Kling ke Sungai Udang, pasti akan dapat melihat deretan gerai yang menjual cencaluk dan juga belacan.
Proses pembuatan cencaluk memerlukan ketelitian bagi memastikan mutu serta kualiti cencaluk itu sedap apabila dimakan.
Udang geragau yang segar, iaitu tanpa direndam dengan air, akan dicampurkan dengan garam, dan sedikit nasi, iaitu sama seperti bahan- bahan untuk membuat belacan. Setelah ketiga-tiga bahan sudah menjadi sebati, ia seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas, iaitu pasu, guri atau tempayan kecil. Pasu dan tempayan kecil itu kemudiannya ditutup dengan kain bersih dan diperam selama beberapa hari. Ada juga pembuat cencaluk yang menambahkan sedikit air didih nasi bagi menambah kesedapan cencaluk.
Apabila cencaluk sudah diperam dan sesuai untuk dimakan, ia boleh disedapkan lagi sewaktu dimakan sebagai lauk dengan nasi melalui dua cara:
cencaluk dicampur dengan cili dan bawang besar yang dihiris. Kemudian ia akan dicampur dengan perahan limau nipis atau limau Nipis.
cencaluk dicampurkan dengan sedikit cili  dan sehiris dua halia, kemudian digoreng dengan telur.

Belacan

      Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang  Geragau yang dimampatkan. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ia dapat membangkitkan baunya. Belacan juga merupakan salah satu bahan utama bagi menghasilkan sambal belacan.


Gula Melaka

      Gula Melaka, juga dikenali dengan nama Gula Tuak, Merupakan salah satu sumber gula yang banyak terdapat di Melaka. Gula ini diperbuat daripada air nira kelapa. Kemanisan dan kehalusan Gula Melaka asli berbeza dengan gula tiruan yang banyak terdapat di pasaran kini.
Proses membuat Gula Melaka mempunyai beberapa peringkat. Seseorang yang pakar dalam membuat Gula Melaka dapat mengenal pasti kelapa yang menghasilkan air nira yang baik. Ini penting bagi mendapatkan Gula Melaka yang bermutu tinggi.
      Peringkat pertama ,Perlu ada bekas atau tabung serta pisau yang dikenali sebagai "penyadap" untuk mengambil nira kelapa. Setelah itu mayang kelapa dilenturkan sedikit demi sedikit dengan membalutkannya dengan daun kelapa muda. Proses ini berterusan sehingga seminggu bagi mengelakkan tangkai mayang itu patah. Mayang yang dilentur dibuang seludangnya dan dihiris sedikit demi sedikit untuk menggeluarkan air.Air nira ditakung ke dalam bekas atau tabung. Di dalam tabung tersebut diletakkan sedikit kapur untuk mencegah air nira daripada menjadi masam. Air nira ini dikenali sebagai "air tuak".
      Pada peringkat kedua, proses memasak Gula Melaka mengambil masa selama empat jam. Tempat memasak gula Melaka dikenali sebagai "sabak". Pada peringkat ini, pengawasan dan pengalaman adalah amat penting bagi menghasilkan gula yang baik. Api sabak mesti dijaga agar tidak terlalu besar  atau kecil ketika gula mencapai peringkat ""bunga sena" dan menjadi pekat serta mengeluarkan buih-buih yang berwap panas. Dalam peringkat ini, gula dikacau dengan perlahan-lahan. Setelah menggelegak Kancah diturunkan dan gula terus dikacau bagi menghasilkan gula yang halus.
        Dalam peringkat terakhir. Gula dipastikan betul-betul pekat dan masih panas dituangkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada buluh setinggi tiga inci yang tidak tertutup di kedua-dua hujung. Acuan diletakkan di atas lantai khas. Setelah beku, gula tersebut dikeluarkan daripada bekas tersebut.


Dodol
       Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan manis (manisan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, Tepung pulut, gula pasir, gula melaka.
        Pada asasnya, manisan Dodol ini diperbuat daripada Santan kelapa tua, Gula tebu dan gula melaka  serta tepung pulut. Semua ramuan ini akan diadunkan melalui kaedah kacauan yang berlangsung berterusan selama lebih kurang 5 hingga 6 jam pada suhu tinggi. Hasilnya, fizikal Dodol akan berubah menjadi melekit, tebal dan manis. Di kebanyakan negara Asean, Dodol telah menjadi bahan santapan khususnya pada hari perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Terdapat banyak versi Dodol yang berlainan sama ada dari segi warna bentuk atau rasanya.


Tapai
         Tapai ialah sejenis penganan  atau manisan yang dibuat daripada pulut. Ia sesuai di jadikan pencuci mulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap berbanding tapai ubi kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut.
Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut (pilot biasa atau pulut hitam) ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus dengan daun. Kebiasaannya daun yang digunakan adalah daun pisang, getah dll.
          Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar dan ditutup dengan kain putih. Setelah diperam dan disimpan selama beberapa hari, tapai ini akan masak dengan sendirinya dan barulah boleh dimakan.
       Orang tua zaman dahulu juga mempunyai pantang larang apabila hendak membuat tapai. Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau Dalam berkeadaan kotor. Jika pantang larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rosak. Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan tapai menjadi masam. Bagi wanita yang 'datang bulan' juga tidak boleh membuat tapai kerana ia akan menjejaskan kualiti tapai.
Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama.Ia hanya mengambil masa lebih kurang beberapa hari sahaja.


Makanan Baba Nyonya
         Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal di Melaka. Masyarakat ini juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu. Bagai mana pun amalan ini hanya dilakukan di rumah sahaja.
          Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan. Jenis-jeins masakan Baba adalah seperti kari, sambal, pang-teh, bak-wan kepiting iaitu campuran daging babi dan sup ketam, itik timitik yang disalut dengan sayur jeruk atau diperam, itik sioh iaitu daging itik yang disalut dengan rempah, hati babi bungkus, acar Nyonya dan nasi lemak.
Selain itu, masyarakat Baba juga menghidangkan Nasi Kunyit dan sejenis mee yang dibuat khas, iaitu 'mee sua tau'. Mee ini dibuat bertujuan kononnya untuk memenuhi hajat supaya dipanjangkan umur.
          Kuih-muih tradisional masyarakat Baba pula terdiri daripada kuih bakul atau tih kuey dan kuey-ku yang berbentuk kura-kura berwarna merah, biru dan hitam. Kuih bakul atau tih kuey ini adalah warisan masyarakat Cina terhadap masyarakat Baba. Selain itu, masyarakat Baba juga meminati kuih-miuh tradisional Melayu seperti dodol, wajik, tapai, bahulu dan lain-lain lagi.

MUZIUM


Stadthuys


     Bangunan Stadhuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara jam.'Bangunan Stadthuys' ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan LaksamanaMelakaMalaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.



     Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golonganCina yang kaya.
     Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris diMelaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja, Encik J. Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T.H. Moore.
     Tidak lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang. Waktu belajar bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari jam 2 petang hingga jam 4 petang. Bilangan pelajar Melayu pada masa itu tidak ramai kerana kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu atau sekolah agama. Walaupun bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain seperti Bahasa MelayuBahasa Portugis dan Bahasa Cinajuga diajar.
     Pada bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut daripada golongan paderi dan menamakannya Malacca High School atau Sekolah Tinggi Melaka. Pengetuanya yang baru ialah Encik A. Armstrong. Pada tahun 1931, Sekolah Tinggi Melaka berpindah ke tapak barunya di Jalan Chan Koon Cheng hingga sekarang.     Bangunan itu kini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi, dan Muzium Yang Di-Pertua Negeri. Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka. 







Muzium Rakyat


     Muzium Rakyat, Kecantikan, dan Galeri layang-layang, Melaka.Muzium Rakyat merupakan bangunan Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB) sebelum diambil alih oleh PERZIM. Muzium Rakyat yang terletak di aras 1 bangunan ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada 15 April 1992.

     Bangunan Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB) ini diambil alih oleh PERZIM. Muzium Rakyat yang terletak di aras 1 bangunan ini dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 15 April 1992.
     Pameran muzium meliputi aspek pentadbiran, perumahan, sosial, perindustrian, pelancongan, infrastruktur dan pertanian. Ia digarap begitu rupa untuk penglibatan rakyat dan kerajaan dalam memajukan Melaka. Kecemerlangan Melaka diabadikan dalam 'Pameran Melaka Sedekad'.
     Antara objektifnya adalah mempamerkan isu-isu istimewa menarik berkaitan dengan pertumbuhan sosio-ekonomi dari zaman Melaka hingga tahap "Kegemilangan Melaka" dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan, sosial, pelancongan, perindustrian dan sebagainya serta hubungan kerajaan-rakyat. Terdapat juga Muzium Kecantikan dan Muzium Layang-layang masing-masing didapati di tingkat 2 dan tingkat 3.

Bayaran Masuk

Dewasa : RM2 Kanak-kanak/Pelajar:50 sen

Waktu Operasi

9 pagi -6 petang(Ditutup pada hari Isnin)





Muzium Belia Malaysia

      Muzium Belia Malaysia terletak di No. 430, Jalan Laksamana, Melaka. Bangunan ini terdahulu menempatkan Pejabat Pos Besar, Melaka. Muzium ini berfungsi sebagai pusat dokumentasi kegiatan belia yang mempamerkan bahan-bahan dan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti Persatuan Belia di Malaysia dan antarabangsa.

     Bahan utama pameran adalah gambaran tokoh-tokoh pemimpin belia, piala, pakaian seragam dan sebagainya.Muzium Belia Malaysia telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohammad,Perdana Menteri Malaysia pada 15 April 1992. Bangunan Ini pada asalnya merupakan sebahagian daripada kompleks Pejabat Pentadbiran Belanda. Ia dijadikan sebagai Sekolah Anglo-Chinese (sekarang dikenali sebagal Sekolah Tinggi Melaka).

Objektif Penubuhan

     Untuk mewujudkan satu pusat dokumentasi kegiatan belia yang induk bagi tujuan kajian dan informasi. Untuk menyimpan segala rekod dan butir kegiatan belia secara sistematik dan teratur yang mengandungi sejarah penubuhan kelab dan pertubuhan belia dari seluruh negara. Untuk menimbulkan kesedaran masyarakat khususnya golongan belia mengenai sumbangan kegiatan belia kepada masyarakat, bangsa dan negara.

Bayaran Masuk

Dewasa : RM1 Kanak-kanak/Pelajar:50 sen





Muzium Samudera


     Muzium Samudera berbentuk kapal Portugis, Melaka.Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.BTun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994.
     Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muaraSungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.

     Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.
Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman KolonialPortugisBelandaInggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.

Objektif penubuhan

     Untuk menggambarkan tentang peranan Melaka sebagai pusat perdagangan masa lampau dan perkembangan kegiatan maritim semenjak Tanah Melayu ditemui dan kemajuannya di zaman Kesultanan Melayu Melaka, penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris.

 Bayaran Masuk

Dewasa: RM 3.00
Kanak-kanak/Pelajar:RM 1.00

Waktu Operasi

Isnin hingga Khamis 9.00 pagi - 5.30 petang
Jumaat hingga Ahad 9.00 pagi - 9.00 malam
Tutup: Hari Raya Pertama Aidil Fitri dan Aidil Adha







Muzium Sastera

     Muzium Sastera terletak di bangunan lama Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) iaitu berhampiran dengan Bangunan Stadthuys.Muzium terulung di Malaysia yang memberikan penekanan kepada sejarah penulisan dan pengkaryaan bermula dari era awal penulisan, Cerita-cerita Rakyat, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah,Hukum Kanun Melaka, Munsyi Abdullah sehingga ke tahap perkembanganKesusasteraan Melayu Moden.

     Bahan-bahan pameran utama terdiri dari lukisan yang menggambarkan peristlwa-peristiwa penting berdasarkan petikan Sejarah Melayu dan bentuk-bentuk hukuman yang dilaksanakan menurut Hukum Kanun Melaka serta koleksi naskah manuskrip asal tulisan tangan dan seluruh pelusuk dunia.
     Penghormatan turut diberikan kepada penulisan berbentuk tradisional merangkumi pantungurindamnazam dan puisi. Galeri Sasterawan Negara dan Penulis-penulis Melaka turut merupakan sebahagian tarikan utama untuk pelawat.

Objektif Penubuhan

     Untuk mempamer dan menggalakkan penghayatan masyarakat terhadap perkembangan dunia sastera dari dahulu sehingga sekarang serta kelahiran tokoh-tokoh kesusasteraan Melayu dengan karya yang bermutu.







Muzium Kecantikan

     Muzium Kecantikan terletak di Aras 2 Muzium Rakyat, Melaka. la telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 1996.Pameran ini meliputi jangka masa yang panjang, dari zaman pra-sejarah hingga zaman moden. la menyingkap budaya kecantikan pelbagai masyarakat di serata pelusuk dunia. Kita dibawa melihat bagaimana setiap suku kaum mencipta keunggulan diri untuk kelihatan cantik pada kaca mata masyarakatnya walaupun terpaksa melalui pelbagai pantang larang dan menanggung kesakitan. Antara bentuk kecantikan ialah rajahan kulit atau tatu, memakai piring bibir, melonjongkan kepala dan membedung kaki.

Objektif Penubuhan
     Untuk membangkitkan kesedaran terhadap pentafsiran makna kecantikan yang ditinjau melalui perbandingan antara kebudayaan dan zaman yang berlainan. Untuk mempamerkan erti kecantikan dari pelbagai sudut menurut amalan budaya masyarakat dunia. Kecantikan diberi tafsiran baru berdasarkan kacamata masyarakat yang mengamalkan amalan hidup dan falsafah yang pelbagai.

Waktu Operasi

9 pagi - 6 petang (Ditutup pada hari Isnin)









Muzium TLDM

     Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terletak berhadapanMuzium Samudera (replika Kapal Flor De La Mar). Muzium yang dahulunya terletak di pengkalan TLDM di Lumut kini telah dipindahkan ke Melaka supaya lebih ramai pelawat dapat mengunjunginya bagi mendapatkan maklumat tentang peranan dan sumbangan serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak TLDM. Muzium ini telah dibuka kepada orang ramai pada 28 Oktober 1995.
     Muzium ini memaparkan gambar Panglima TLDM, pingat kebesaran, pangkat, alat-alat senjata, pakaian seragam, peralatan komunikasi, peralatan keselamatan dan lambang yang diguna dalam pelayaran. Turut diperagakan ialah aktiviti pembangunan Angkatan Tentera Laut Malaysia.

Objektif Penubuhan
     Untuk memberi informasi kepada masyarakat tentang peranan, sumbangan, aktiviti-aktiviti senjata dan peralatan yang pernah dan sedang digunakan oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia dalam mengawasi keselamatan perairan Malaysia. Sebagai gedung ilmu dan pusat dokumentasi sejarah penubuhan, kemajuan dan kegiatan TLDM sehingga kini.





Muzium Orang Asli

     Muzium Orang Asli terletak bersebelahan Taman Buaya, Ayer Keroh, Melaka. Muzium ini telah dibuka kepada orang ramai pada 3 Februarl 1997. Muzium ini mengkhusus kepada memperagakan bahan dan peralatan harian suku kaum asli seperti Senoi, Jah Hut dan Mah Meri.

     Terdapat lebih 5 buah galeri dan tema dipaparkan di Muzium ini seperti kaedah-kaedah menangkap ikan, peralatan pertanian, ruang dapur dan bilik tidur serta senjata-senjata yang digunakan. Antara bahan tarikan ialah peralatan di rumah, alat pemburuan, upacara sewang dan sebagainya. Muzium terbaik untuk memperkenalkan corak hidup dan kepercayaan masyarakat yang menyimpan seribu satu misteri.
     Muzium Orang Asli pada awalnya terletak di dalam Hutan Rekreasi Ayer Keroh di bawah pengawasan jabatan Perhutanan sebelum dipindahkan ke sebuah tapak baru bersebelahan Taman Buaya oleh Perbadanan Muzium Melaka pada Disember 1996 bagi meningkatkan sambutan orang ramai. Muzium ini diadaptasikan dari replika rumah orang asli yang terdapat di negara ini.

Objektif Penubuhan

  • Untuk mempamerkan warisan serta sosio-budaya masyarakat orang asli khususnya di negeri Melaka dan Malaysia amnya.
  • Mempamerkan cara hidup serta alat-alat yang digunakan sebagai keperluan harian antaranya ukiran patung, pakaian, alat memasak dan sebagainya.
  • Memelihara dan menjaga warisan budaya serta pusaka orang asli yang kian pupus ditelan arus pembangunan

Bayaran Masuk

Dewasa : RM1 Kanak-kanak/Pelajar:50 sen

Waktu Operasi

9 pagi - 5.30 petang (Ditutup pada hari Isnin)

Muzium Islam Melaka

     Penubuhan Muzium Islam Melaka bertujuan menjadikannya sebagai pusat pengumpulan, penyelidikan, pemuliharaan dan pameran koleksi bahan yang berorientasikan Islam sejajar dengan peranan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Islam di Nusantara suatu ketika dulu dan perkembangan Islam di Malaysia dewasa ini.
     Muzium Islam Melaka ditempatkan di bangunan lama Pejabat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jalan Kota, Melaka. Rekabentuk dalaman muzium ini berkonsepkan imbasan suasana kegemilangan Islam di Melaka dan Nusantara dengan memaparkan gabungan identiti kesenian Islam secara global dan kesenian Islam di Nusantara khususnya Melaka.
     Kaedah pameran dan penyampaian maklumat pula diolah melalui lapan ruang pameran utama yang jelas turutannya dengan tema-tema tertentu. Ini untuk memudahkan para pelawat memahami mesej, perjalanan sejarah dan pengalaman yang ingin disampaikan.
Bayaran Masuk
Dewasa : RM1 Kanak-kanak/Pelajar:50 sen

Waktu Operasi

5.30 petang (Ditutup pada hari Isnin)




Muzium Tuan Yang Terutama

     Muzium Tuan Yang Terutama (dahulu dikenali Seri Melaka) merupakan bekas kediaman rasmi dan pejabat Gabenor Belanda di Melaka pada kurun ke-17. Fungsi bangunan ini diteruskan pada zaman pemerintahanInggeris hinggalah selepas kemerdekaan. Pada September 1996, kediaman rasmi dan pejabat Tuan Yang Terutama berpindah dari Bukit St. Paul ke Istana Melaka di Bukit Beruang, Melaka.

     Fungsi Institusi Tuan Yang Terutama (TYT) sebagai Pemerintah Tertinggi Negeri dipamerkan bagi mengimbas kembali kewujudan institusi ini. Muzium Tuan Yang Terutama mempamerkan tentang Sejarah Ringkas Institusi Kesultanan, Pembentukan Penubuhan Gabenor Negeri-Negeri hinggalah kepada Peranan dan Institusi TYT. Secara umum peranan Ketua Menteri Melaka turut diselitkan kerana peranan mereka tidak kurang pentingnya dalam menerajui kerajaan negeri.
     Tumpuan utama yang akan diberikan ialah tentang Gabenor / Tuan Yang Terutama selepas merdeka yang telah berkhidmat di Melaka iaitu bermula dari Tun Leong Yew Koh (Gabenor Pertama), Tun Haji Abdul Malek bin Haji Yusuf (Gabenor Kedua), Tun Haji Abdul Aziz bin Abdul Majid (Gabenor Ketiga), Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan (Gabenor Keempat), danTun Syed Ahmad Shahabudin Al-Haj (TYT Kelima) dengan menampilkan berbagai-bagai koleksi peribadi milik Tuan Yang Terutama.
     Pameran di muzium ini mengekalkan sebahagian daripada kegunaan ruang asal bangunan. Selain dari itu, ia juga mengetengahkan tentang sumbangan TYT terhadap pembangunan negeri seperti perindustrian, pertanian, pelancongan, pentadbiran, keagamaan dan sebagainya yang berkembang dari masa ke masa sambil dibantu oleh setiap Ketua Menteridi bawah pimpinannya dalam membangunkan negeri Melaka.





Muzium Pemerintahan Demokrasi

     Muzium Pemerintahan Demokrasi yang terletak di bangunan Dewan Undangan Negeri Melaka ini,telah disempurnakan perletakan batu asasnya oleh Tuan Yang Terutama Tun Haji Abdul Malek bin Yusof S.M.N, D.M.K.,Gabenor Negeri Melaka pada 31 Ogos 1961.

     Ia merupakan tempat persidangan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dan Pembentangan Belanjawan Negeri. Persidangan Dewan Undangan Negeri dipengerusikan oleh seorang Speaker yang dipilih daripada kalangan Ahli-ahli Dewan sendiri.
     Bagi Ahli-ahli Dewan, mereka dipilih melalui pilihanraya dan akan menganggotai Dewan selama lima tahun (kecuali Dewan Undangan Negeri dibubarkan). Ahli-ahli Dewan juga dibataskan kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas dan bermastautin di Negeri Melaka.
     Pada bulan Februari 2000, Dewan Undangan Negeri ini tidak lagi digunakan setelah kerajaan membina sebuah bangunan yang memusatkan urusan dan pengurusan pentadbiran di Ayer Keroh termasuk Dewan Undangan Negeri.
     Kini, bangunan ini telah dijadikan Muzium Pemerintahan Demokrasi yang mempamerkan maklumat pemerintahan termasuk amalan demokrasi di Malaysia. Ia turut memaparkan susur galur mengenai sejarah awal Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sehingga kepada kejayaan-kejayaan cemerlang yang dikecapi oleh negara ini dalam sistem pemerintahannya.Dengan wujudnya muzium ini, ia diharapkan dapat memberikan kefahaman tentang bentuk pemerintahan yang dilaksanakan di Malaysia dan sistem kenegaraannya.

Istana Kesultanan Melaka

    Istana Kesultanan Melaka (replika Istana Kesultanan Melayu Melaka) terletak di kaki Bukit St. Paul. Replika Istana ini dibina semula berdasarkan catatan Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan senibina Istana Melayu, di zaman Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456 hingga 1477.

Objektif

  • Untuk mempamerkan kepada umum suasana di Istana Kesultanan Melayu Melaka dan ruang-ruang tertentu sepertiBalairong SeriBalai Beradu serta ciri-ciri Adat Istiadat Raja-Raja Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka.
  • Untuk menunjukkan keagungan institusi beraja sebagai warisan sejarah budaya Bangsa Melayu yang pernah menerajui Negeri Melaka suatu ketika dahulu disamping mengimbas kembali sejarah pertikaman Hang Tuah dan Hang Jebat dan pengajaran dari peristiwa tersebut.
  • Replika istana ini dibina pada tahun 1984 dan dijadikan sebagai Muzium Budaya apabila dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 17 Julai 1986. Keseluruhan bangunan ini diperbuat daripada kayu keras manakala atapnya dari kepingan kayu belian. *Pembinaannya bercirikan seni pertukangan Rumah Melayu Melaka di mana sendi bangunan diperkuatkan dengan pasak sahaja.
     Secara keseluruhannya muzium ini memperlihatkan fungsi dan peranan istana ketika itu dengan memaparkan Balairong Seri, Bilik Beradu Diraja dan balai-balai yang melambangkan ketamadunan masyarakat Melayu.




Muzium Pulau Besar

    Muzium Pulau Besar dibina dengan kos RM1.9 juta.Ia terletak di Pulau Besar, di luar pantai negeri Melaka atau lebih tepat di Selat Melaka.Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam memaklumkan bahawa muzium itu menyimpan artifak sejarah daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan sejarah Pulau Besar.

    Bangunan sedia di pulau itu diubahsuai untuk dijadikan muzium. Muzium akan menjadi satu lagi tarikan pelancong ke pulau itu. Orang ramai boleh boleh menaiki bot penumpang di jeti Umbai kira-kira 30 minit perjalanan.








Galeri Laksamana Cheng Ho



     Galeri Laksamana Cheng Ho diilhamkan daripada kisah tokoh pelayar agung China iaitu Laksamana Cheng Ho (Zheng Ho) yang telah dilahirkan pada 1371 di Hodai, sebuah kampung di Daerah Bao San di Yunnan. Beliau diberikan nama Ma Ho dan nama kecilnya San Bao.

     Galeri ini memaparkan kisah pelayaran beliau ke lautan selatan di samping kejayaan beliau memupuk perhubungan persaudaraan di antara China dan Negara-negara Afrika dan Asia serta membuka pintu untuk menjalankan perniagaan yang adil.
    Kedudukan galeri ini adalah di anjung kanan Bangunan Stadthyus(Muzium Sejarah dan Ethnografi) dan berada di antara Muzium Sastera,Muzium Sejarah & Ethnografi dan Muzium Pemerintahan Demokrasi. Antara bahan pamerannya adalah bahan porselin, replika kapal, koleksi buku yang menceritakan riwayat Laksamana Cheng Ho dan artikel-artikel yang berkaitan.
     Galeri Laksamana Cheng Ho ini telah dibuka kepada awam pada Februari 2003 bersama dengan pembukaan Muzium Sejarah & Ethnografi dan Muzium Belia Malaysia yang telah dibuka semula selepas ditutup sementara untuk proses penaiktarafan.


Galeri Seni PERZIM

     Galeri Seni Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) terletak di aras satu, bangunan Muzium Belia Malaysia. Galeri ini mempamerkan sejumlah 150 judul lukisan dan 30 buah arca dari pelbagai media dan tema hasil karya artis-artis terkemuka tanah air. Semua hasil seni tersebut adalah menjadi destinasi terbaik untuk menghayati penghasilan seni negara.
Tujuan penubuhan
     Antara objektifnya adalah untuk mempamerkan hasil-hasil seni koleksi para pelukis dan karyawan tempatan dalam pelbagai media seperti cat air, minyak, arca dan sebagainya.



Muzium Adat Istiadat

     Muzium Adat Istiadat terletak di Dataran Alor Gajah, bersebelahan Tugu Keris Majlis Perbandaran Alor Gajah, kira-kira 25 km dari Bandar Melaka. Senibina tradisional Rumah Melayu adalah identiti utama muzium ini.
     Fokus utama muzium merangkumi sejarah awal Daerah Alor Gajah termasuk gambar tokoh-tokoh daerah dan adat-istiadat perkahwinan dengan penekanan kepada Melayu Serantau. Bahan pameran termasukpelamin, alat perhiasan diri, porselin dan peralatan adat istiadat.
     Muzium Alor Gajah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Tan Seri Abdul Rahim bin Datuk Tamby Chik pada 19 Oktober 1990, Bangunan ini dahulunya di bawah pengawasan Majlis Daerah Alor Gajah sebelum diambil alih oleh Perbadanan Muzium Melaka.

Objektif Penubuhan

     Untuk mengetengahkan pelbagai perkara mengenai adat istiadat khususnya adat perkahwinan agar tidak hilang ditelan zaman Untuk mempamerkan adat resam serta budaya masyarakat berbilang kaum yang ada di Melaka

Bayaran Masuk

  • Dewasa : RM1
  • Kanak-kanak/Pelajar:50 sen

Waktu Operasi

9 pagi - 5.30 petang (Ditutup pada hari Isnin)


Muzium Pertanian

     Muzium Pertanian, terletak di tengah-tengah Pekan Jasin bersebelahan Balai Polis Jasin. Suatu ketika dahulu Daerah Jasin merupakan pengeluarbijih timah dan hasil pertanian terawal di Melaka. Muzium yang diwujudkan ini bertujuan untuk memaparkan sejarah aktiviti dan ekonomi masyarakat tempatan, khususnya di bidang pertanian.
Objektif Penubuhan.
  • Untuk memulihara dan mempamerkan bahan-bahan penting berkaitan dengan sektor pertanian.
  • Untuk menjadi tempat kajian dan penyebaran maklumat mengenai sektor pertanian.
  • Untuk memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai jenis pertanian dan kepentingannya kepada ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat. "Pertanian Menjamin Kehidupan"

Bayaran Masuk

Percuma

Waktu Operasi

9 pagi - 5.30 petang (Ditutup pada hari Isnin)