Melaka
terkenal dengan sejarah dan tempat pelancongannya yang cantik dan menarik. Oleh
itu anda tidak akan rugi jika melancong ke negeri Melaka. Antara
tempat-tempat menarik di Melaka ialah:-
Zoo
Melaka
Zoo
Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Di sini terdapat lebih dari
214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula
jadi.
Zoo ini
dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara Malaysia. Zoo Melaka dibangunkan
di atas tapak 22 ha di Ayer Keroh, dalam tahun 1963. Pada mulanya Zoo Melaka
ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih
oleh Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979.
Zoo
Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas
Zoo Negara. Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen
daripada 215spesis haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. Tarikan utama
Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan
rusa. Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun. Waktu terbaik untuk
membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa
makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun
tidur.
Zoo
Melaka ada menganjurkan safari malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk
membolehkan pengunjung melihat tabiat dan telatah haiwan sewaktu malam antara
jam 8:00 - 11:30 malam.
Menara Taming Sari
Menara Taming Sari merupakan menara pandang
setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Datara
Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat
panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar
jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta.
Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 aPRIL 2008. Rekaannya adalah berdasarkan
reka bentuk Keris Taming Sari.
Ia
mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10
pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga
emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan
harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang
dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang
dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7
minit.
Lokasi
asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan Stadthuys)
namun dipindahkan di tapak baru di atas sebab tapak asal tersebut terdapat
runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka selain memelihara geofak
arkeologi tersebut. Di sini juga terdapat sebuah kafe yang diberi nama Taming
Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata.
Melaka River Cruise
Alami pelayaran yang
menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati
pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda,
rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik
peninggalan sejarah warisan dunia.
Kota
A Famosa
Peninggalan Penaklukan Portugis Kota A Famosa
ialah landmark negeri Melaka. Kubu yang dibina oleh kerajaan Portugis pada 1511
ini kononnya kebal menahan serangan pihak lawan yang datang dari arah laut.
Namun kubu ini musnah akibat serangan bertalu-talu dari pihak Belanda tetapi
bahagian depan Kubu ini masih kukuh tersergam sehingga ke hari ini. Kubu
A’Famosa dibina daripada blok-blok batu merah yang tidak seragam bentuknya dan
di hadapan kubu ini terdapat sebilah meriam besi yang digunakan pengunjung untuk
bergambar sakan.
Bangunan Stadhuys
Merahnya Dataran
Belanda Bangunan Stadhuy ini dikenali sebagai bangunan merah oleh
penduduk tempatan. Dibina pada tahun 1650, bangunan ini merupakan rumah rasmi
Gabenor Belanda dan timbalannya. Di sekitar bangunan Stadhuys yang dipanggil
Dutch Square ini terdapat gereja Christ Church yang berusia lebih 250 tahun,
kolam air pancut dan sebuah kincir air seperti yang sering dilihat di negara
Belanda. Bangunan Stadhuys sekarang menempat Muzium Sejarah, Ethnografi dan
Sastera untuk dikunjungi pelancong.
Jonker Street
Baba Nyonya dan
Barangan Antik Peminat barangan antik dan mereka yang ingin mendalami kehidupan
keturunan Baba dan Nyonya tidak boleh tidak pergi ke Jonker Street. Untuk
merasai kemeriahan Jonker Street, datang pada malam Sabtu dan malam minggu
kerana terdapat pasar malam yang sangat meriah. Di sini juga terdapat
hotel-hotel berkonsep kehidupan Baba dan Nyonya yang boleh dicuba dan makanan
popular keturunan Baba dan Nyonya seperti Ayam Pong Teh, Itek Tim dan Nyonya
Laksa juga jangan dilupa. Membeli barangan antik perlu tahu tawar menawar dan
jangan lupa bertanya tentang sejarahnya.
Dataran
Pahlawan
Makan-Makan,
Ole-Ole dan Macam-Macam Dataran Pahlawan ini attraction baru yang
dibangunkan oleh kerajaan Melaka. Di bahagian atasnya terpusat tempat menjual
cenderahati dan di dalam bangunan ini pula ialah pusat membeli belah yang
menempatkan kedai-kedai berjenama popular. Di seberang jalan terdapat satu lagi
pusat membeli belah lama yang juga masih popular iaitu Mahkota Parade. Kalau di
waktu hujung minggu pasti sesak di kedua-dua mall ini.
Taman
Buaya Melaka
Taman Buaya Melaka mempunyai
kira-kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang
hampir menyamai habitat semulajadi mereka.Pengunjung juga boleh menyaksikan
persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada
setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda
tidak senang duduk.
Tarikan terbaru di Taman
Buaya yang menjadi salah satu tarikan utama kepada pengunjung
ialah Taman Permainan
Air. Terbuka
kepada semua dan ia mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dan kedalaman diantara
1.5' dan 2.5'.Tarikan lain di taman ini termasuklah rumah hantu dan pelbagai
kemudahan rekreasi yang lain.
Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
Hutan
Rekreasi Tanjung Tuan terletak dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Alor
Gajah dan bersempadan dengan Port Dickson, Negeri Sembilan. Ianya tidak jauh
dari bandar Melaka, iaitu kira-kira 20 minit menaiki bas. Pantai ini adalah
kawasan rekreasi yang baru dibangunkan untuk memenuhi keperluan kemudahan
kawasan rehat untuk sekeluarga.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti
berkelah, menaiki bot, bermain layang-layang dan berenang (risiko adalah
tanggungan sendiri). Terdapat juga perkhidmatan menunggang kuda, tetapi caj
dikenakan.
Setiap
pagi, ramai penduduk dari kawasan sekitar datang ke pantai ini untuk menangkap
udang geragau (sejenis udang halus) yang banyak terdapat di sini, terutamanya
pada bulan Ogos hingga Oktober. Ini adalah kerana aktiviti ini bermusim mengikut
tiupan angin monsun.Geragau sangat popular di Melaka terutamanya untuk dibuat
belacan dan cencaluk.
Sementara itu, pada setiap hari Ahad dari 4.30 petang ke
6.30 petang terdapat persembahan “Dondang Sayang†percuma.Banyak gerai-gerai
makanan dan buah-buahan disepanjang pantai untuk kemudahan para pengunjung
mendapatkan hidangan tanpa bersusah payah membawa bekal. Suasana di pantai ini
menjanjikan kedamaian untuk anda melepaskan tekanan diri dan mendapatkan ilham
baru.
Taman
Rama-rama & Reptilia
Satu
lagi tempat menarik untuk dikunjungi di kawasan Ayer Keroh adalah Taman
Rama-Rama dan Reptilia Melaka yang menjadi tempat tinggal berbagai spesies
rama-rama dan reptilia.
Selain
rama-rama, yang merupakan hidupan utama di sini, pengunjung juga boleh
menyaksikan pelbagai jenis reptilia termasuk ular, labah-labah, kala jengking
dan ratusan jenis serangga yang pastinya akan membuatkan pengunjung merasa geli
geleman.
Menyaksikan reptilia ini secara dekat, terutamanya ular,
tentunya akan membuatkan pengunjung lebih memahami kehidupan dan habitat
binatang yang seringkali disalah anggap ini.
No comments:
Post a Comment